-->
  • Sanchez ke City ??



       Selepas Menanda tangani beberapa pemain baru iaitu Benjamin Mendy, Danilo, Kyle Walker, Douglas Luiz, Ederson dan Bernardo Silva,Pep kini masih lagi memburu seorang penyerang dapat membantunya untuknya menjulang piala liga musim ini



    Pep mensasarkan targetnya kepada penyerang Arsenal iaitu Alexis Sanchez tetapi Bos Gunners bertegas tidak akan membenarkan penyerang utamanya itu meninggalkan Stadium Emirates namun City kekal berkeyakinan yang pemain Chile itu ingin berpindah ke Stadium Etihad untuk disatukan kembali dengan bekas jurulatihnya semasa di Barca, Guardiola.

    Kontrak Sanchez masih berbaki setahun bersama Arsenal namun bos Arsene Wenger bertegas tidak akan menjualnya sama sekali.
    City percaya Sanchez ingin menyertai mereka dengan bidaan sekitar £45 juta untuk tidak ingin mengambil risiko terlepas bekas pemain Barcelona itu yang akan berpindah secara percuma sebagai ejen bebas musim depan.


    Sementara itu bekas penyerang Arsenal dan Portsmouth, Paul Merson yang kini penjadi pengulas dan pengkritik sukan di Sky Sport menyokong dan menjangkakan yang City akan menjulang piala Liga Perdana Inggeris akhir musim 2017/18 nanti.

    Beliau percaya keupayaan menyerang City ditambah dengan kekuatan baru barisan pertahanan termasuk Kyle Walker membawa pasukan Pep Guardiola kelihatan satu pasukan baru yang sukar digugat mana-mana pesaing untuk kempen musim baru nanti.

    Itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi nanti!


  • You might also like

    No comments:

Contact Form